KEMATIAN DICEMBURUI : Meninggal dunia sambil membaca Al-Quran


KEMATIAN DICEMBURUI : Meninggal dunia sambil membaca Al-Quran
Syaikh Abdul 'Aati Ali Abdul Jalil, antara Syaikh paling senior di Luxor, Mesir membaca Al-Quran sebelum beliau meninggal dunia. Beliau disyaki dijangkiti Covid-19 dan meninggal dunia pada usia 86 tahun. Menghafaz dan berkhidmat untuk Al-Quran sejak usia muda lagi. 

Sambil menanti ambulan tiba di rumahnya di Bandar Isna, Luxor, jam 8 pagi Isnin, 15 Jun, isteri beliau mengambil video ini untuk kenangan apabila beliau sihat nanti. Rupanya Allah lebih mengasihi beliau, beliau menghembuskan nafasnya terakhir lebih kurang pada jam 6 pagi. 

Hidupnya dengan Al-Quran, perginya juga dengan Al-Quran. Moga Allah merahmati beliau dan menggolongkan beliau di kalangan orang yang soleh.