Tidak Tahu Punca, Lelaki Ini Selamba Kunyah Lidah Biawak Hidup


Kadang-kadang bukan semua kejadian kita boleh tafsir dengan otak kita yang waras. Contohnya mengenai satu video yang tersebar baru-baru ini di laman sosial. Tidak jumpa logik perbuatan pelaku tersebut ke atas seekor biawak – yang masih hidup.


Melalui perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia, lokasi dan maklumat lain berkenaan kejadian tersebut masih tidak diperolehi.



“Makan biawak yang ditangkap hidup-hidup satu pelanggaran terhadap kebajikan haiwan liar dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana mematikan haiwan dengan cara kejam,” jelas kenyataan di Facebook tersebut.