Pekerja Tesco selamatkan bayi ditinggalkan sorang2 dalam kereta


  Terdahulu, heboh diperkatakan mengenai kisah seorang kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta, akibat bapanya terlupa.
Namun, ia bukanlah kes pertama yang berlaku di Malaysia, sebelum ini telah kejadian yang sama direkodkan dan kebanyakkannya berpunca kecuaian pihak penjaga.

Nampak bayi sorang2 dalam kereta

Terbaru, seorang pekerja pasaraya Tesco di Pulau Pinang, telah menemui seorang bayi ditinggalkan didalam kenderaan,tanpa ditemani oleh sesiapa.
Ketika kejadian, pekerja tersebut telah meminta pertolongan orang awam awam untuk membantunya mengeluarkan bayi tersebut daripada kenderaan.

Minta tolong orang awam

Mujurlah, tingkap belakang kereta terbuka sedikit dan pekerja tesco boleh buka pintu kereta dan berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.
Oleh itu, kepada ibu bapa dan penjaga, ambillah iktibar daripada insiden yang telah berlaku sebelum ini, janganlah sesekali membiarkan anak kecil berseorang di dalam kereta, kerana bahaya datang tanpa diduga.